Copyright 2024 - Congratulation from Tuanku Syed Faizuddin Putra Library Staff

Facilities For Rent @ Tuanku Syed Faizuddin Putra Library

 

 Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra menawarkan perkhidmatan sewaan fasiliti kepada komuniti UniMAP, komuniti sekitar meliputi pihak individu, agensi kerajaan, badan berkanun dan swasta. Perkhidmatan ini ditawarkan kepada mereka yang berhasrat menganjurkan sebarang aktiviti / program bersifat ilmiah dan untuk perkembangan dalam pelbagai aktiviti sosio-ekonomi, kebudayaan dan sebagainya.

  

Perpustakaan merupakan pilihan destinasi program yang tepat bersesuaian dengan persekitaran kondusif dan keberadaan kemudahan sokongan lain seperti kafetaria, ruang solat, ruang menunggu, tandas, ruang santai dan sebagainya. Mereka yang mengadakan pelbagai program di Perpustakaan mempunyai akses kepada pelbagai kemudahan lain di lokasi setempat.

 

Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Universiti Malaysia Perlis sebagai lokasi atau destinasi program serta aktiviti anda :

  • Persekitaran yang kondusif, ceria dan mengujakan
  • Peralatan dan teknologi terkini
  • Akses kepada pelbagai kemudahan berkualiti – kafetaria, ruang solat, ruang menunggu, ruang santai, tandas dan lain-lain
  • Akses kepada kemudahan Internet Tanpa Wayar (WIFI)
  • Akses kepada sumber rujukan
  • Kepakaran teknikal
  • Persekitaran mesra pelanggan

 

 SENARAI FASILITI UNTUK DISEWA DAN DIMANFAATKAN OLEH PENGGUNA

 

Auditorium

KAPASITI KADAR SEWAAN SEHARI
UNIMAP AGENSI KERAJAAN AGENSI SWASTA
200 orang RM800.00 RM1000.00 RM1200.00

Galeri Pameran

KAPASITI KADAR SEWAAN SEHARI
UNIMAP AGENSI KERAJAAN AGENSI SWASTA
40 orang RM500.00 RM800.00 RM1000.00

 

  

Bilik Mesyuarat

KAPASITI KADAR SEWAAN SEHARI
UNIMAP AGENSI KERAJAAN AGENSI SWASTA
20 orang RM150.00 RM200.00 RM250.00

 

Bilik Mesyuarat Bilik Mesyuarat Bilik Mesyuarat   

Bilik Mesyuarat Eksekutif

KAPASITI KADAR SEWAAN SEHARI
UNIMAP AGENSI KERAJAAN AGENSI SWASTA
11 orang RM150.00 RM200.00 RM250.00

Ruang Jamuan VIP

KAPASITI KADAR SEWAAN SEHARI
UNIMAP AGENSI KERAJAAN AGENSI SWASTA
30 orang RM200.00 RM250.00 RM300.00

 

Ruang Jamuan VIP Ruang Jamuan VIP Ruang Jamuan VIP

 

TERMA DAN SYARAT SEWAAN RUANG DAN FASILITI PERPUSTAKAAN TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA

 

Berikut merupakan terma dan syarat yang ditetapkan oleh PTSFP yang perlu dipatuhi oleh penyewa / penempah / pengguna fasiliti :

 

  • Tempahan mesti dibuat dengan melengkapkan Borang Sewaan Fasiliti.
  • Permohonan hendaklah dimajukan kepada Bahagian Pentadbiran, Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra selewat - lewatnya 14 hari bekerja sebelum tarikh program atau aktiviti. Sekiranya program yang dirancang bakal berlangsung dalam tempoh cuti semester, penempah hendaklah membuat makluman  sekurang-kurangnya 21 hari bekerja sebelum tarikh program.
  • Penyewa hendaklah memaklumkan pihak PTSFP dengan kadar segera sekiranya berlaku sebarang pembatalan atau perubahan pada tarikh dan masa program. Sebarang bayaran yang telah dibuat pada masa tempahan tidak akan dikembalikan sekiranya makluman pembatalan dan perubahan tidak dimaklumkan dalam tempoh 48 jam.
  • PTSFP berhak menentukan keutamaan tempahan / sewaan sekiranya berlaku sebarang konflik atau pertindihan program / aktiviti.
  • PTSFP berhak membatalkan sebarang tempahan / sewaan sekiranya program / aktiviti didapati tidak mematuhi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan.

 

PEGAWAI PENGHUBUNG
  • Pihak penyewa mesti melantik seorang pegawai penghubung yang akan menyalurkan pelbagai maklumat berkaitan program / aktiviti, susunan atur cara,, nama - nama jemputan, organisasi terlibat dan sebarang urusan berkaitan program / aktiviti berkenaan. 

 

JAMUAN DAN PENGLIBATAN PENYAJI 

  • Penyewa / penganjur perlu menguruskan keperluan jamuan, makan minum dan sebagainya.
  • Penyewa bertanggungjawab untuk memastikan pihak penyaji (caterer) yang dilantik mematuhi amalan menjaga kebersihan, menggunakan laluan keluar masuk yang dibenarkan dan memastikan semua ruang fasiliti dibersih dan dikemas selepas selesai program atau aktiviti.

 

PERABOT DAN KELENGKAPAN

  • Penggunaan perabot asas seperti kerusi, meja, dan peralatan sedia ada di ruang berkenaan tidak akan dikenakan sebarang bayaran tambahan.
  • Kelengkapan dan peralatan khusus yang dibincangkan semasa permohonan sewaan dan diluluskan oleh pihak PTSFP akan dipenuhi.
  • Penyewa bertanggungjawab untuk menentukan dan memutuskan segala aspek susun atur perabot dan kelengkapan di mana bersesuaian.
  • Penyewa hendaklah memastikan ruang dan fasiliti ditinggalkan dalam keadaan bersih dan kemas selepas digunakan.
  • Sebarang kerosakan pada peralatan dan perabot atau masalah kebersihan hendaklah dilaporkan kepada pihak Perpustakaan. Kos tambahan boleh dikenakan kepada penyewa sekiranya masalah kerosakan melibatkan kos pembaikan yang besar.
  • Kunci serta segala peralatan atau kit yang dibekalkan hendaklah diserahkan kepada pihak perpustakaan sebaik sahaja tamat program.

 

 TINGKAH LAKU DAN ETIKA 

  • Penyewa hendaklah memastikan tingkah laku peserta program / aktiviti hendaklah mematuhi etika dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Universiti Malaysia Perlis.
  • Universiti Malaysia Perlis adalah Kampus Bebas Rokok. Penyewa serta peserta program / aktiviti dilarang merokok di perpustakaan mahupun di dalam kampus.
  • PTSFP tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan kerosakan, kehilangan, kecederaan dan sebagainya yang melibatkan pihak penyewa atau pembekal yang dilantik oleh penyewa dalam proses persiapan dan penganjuran program / aktiviti di fasiliti atau ruang yang disewa.

 

BAYARAN DAN TUNTUTAN
  • Bayaran hendaklah diselesaikan selepas permohonan sewaan diluluskan oleh pihak PTSFP dan selewat-lewatnya pada hari atau tarikh program / aktiviti berlangsung.
  • Bayaran boleh dibuat secara tunai, cek ataupun melalui borang pesanan kerajaan.
  • PTSFP berhak menghantar peringatan atau tuntutan bayaran kepada agensi yang menyewa sekiranya terdapat mana-mana keraguan mengenai urusan bayaran.
 
PERAKUAN DAN PENGESAHAN
  • Pengakuan dan pengesahan dari penyewa

 

MUAT TURUN BORANG TEMPAHAN

 

Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Shafira Yahya :  04 - 9885415 | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

 

 

 

f t g m

 myGovernment KPM LogoMQA LogoMSC Logo  QStar

Security Policy | Privacy Policy | Disclaimer | Copyright |
Copyright © 2010 -- All Rights Reserved
Tuanku Syed Faizuddin Putra Library,
Universiti Malaysia Perlis, Kampus Pauh Putra, 02600, Arau, Perlis
Tel: +604-9885402
Fax: +604-9885405 
e-Mail: rujukan@unimap.edu.my
Best view using Mozilla Firefox and Internet Explorer 7 with resolution of 1280 x 768.

 

 

002353923
Today
Yesterday
This Month
All days
281
476
1213
2353923
2024-05-03 | 16:00