PENGEMASKINIAN DATA PERISIAN TURNITIN UNTUK MEMPERKEMAS PENGURUSAN AKAUN DAN AKTIVITI PENGGUNA

 

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas. 
 
Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Perpustakaan (Bil. 1/ 2019) telah menimbang dan meluluskan cadangan pengemaskinian sistem / perisian Turnitin yang dilanggan oleh Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra. 
 
2. Inisiatif ini perlu dijalankan bagi memastikan 3,000 unit lesen pengguna Turnitin boleh dioptima oleh warga UniMAP. 
 
3. Ia juga bagi membolehkan Perpustakaan melaksanakan Pengurusan Turnitin menggunakan kaedah Master Class yang dikenalpasti lebih efektif untuk jangka masa panjang. 
 
4. Sehubungan itu, pihak PTSFP memohon kerjasama Y.Bhg. Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan yang sedia mempunyai akaun Turnitin dipohon untuk melaksanakan perkara berikut : 
 
    a)  Menyelesaikan sebarang aktiviti penilaian bagi semua dokumen di dalam perisian Turnitin. 
 
    b)  Membuat salinan penyimpanan bagi teks penuh yang telah dimuat naik ke perisian Turnitin. 
 
    c) Pemilik akaun diberi tempoh sehingga 17 Mac 2019 bagi menyelesaikan semua aktiviti di dalam perisian Turnitin. 
 
5.  Proses pendaftaran semula akaun Turnitin hanya akan dijalankan selepas perisian berkenaan dikemaskini oleh pihak penerbit. Perpustakaan akan memaklumi dan membantu dalam proses pendaftaran semula.
 
6. Dikepilkan senarai semak dan panduan perisian Turnitin bagi tujuan pengemaskinian akaun Y.Bhg. Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan.
 
7.  Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di talian 04-988 5428/5410 atau e-emel ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 
 
Sekian, Terima Kasih.