PENGUMUMAN : PERLANJUTAN TEMPOH PERTANDINGAN MOMEN MERDEKA 2018 ANJURAN PERPUSTAKAAN TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA.

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.        Sukacita dimaklumkan bahawa tarikh tutup penyertaan bagi Pertandingan Momen Merdeka 2018 yang dijadualkan pada 28  September 2018 dilanjutkan kepada 26 Oktober 2018.

3.        Pertandingan Momen Merdeka memerlukan peserta menyediakan penulisan kapsyen berdasarkan gambar secara kreatif termasuk esei, puisi, pantun, sajak atau bentuk-bentuk lain bersesuaian yang mampu menyemarakkan semangat kemerdekaan negara. Terdapat lima (5) unit gambar untuk pilihan oleh peserta. Sila layari https://www.facebook.com/membacabersamaPTSFP/.

4.        Semua penyertaan perlu dihantar melalui aplikasi Messenger di Facebook page “Membaca Bersama PTSFP”. Bersama-sama ini dilampirkan poster Pertandingan Momen Merdeka 2018. Hadiah-hadiah menarik menanti anda.

Hadiah Pertama      : RM1,000.00
Haddiah Kedua       : RM700.00
Hadiah Ketiga         : RM300.00
10 Hadiah Saguhati

Sertai kami dalam Pertandingan Momen Merdeka. Ekspresikan jiwa, idea dan suara merdeka anda.

Sekian, terima kasih