HARI BERSAMA PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

HARI BERSAMA PENERBIT UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

 

Sukacitanya dimaklumkan bahawa, PENERBIT UniMAP akan mengadakan HARI BERSAMA PENERBIT UniMAP seperti butiran berikut:

 

TARIKH  : 29 MAC 2018 (KHAMIS)
 
MASA     : 9:00 PAGI - 4:30 PETANG
 
TEMPAT : PERPUSTAKAAN TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA, PAUH PUTRA



Sehubungan itu, kami menjemput dan mengalu-alukan kedatangan Tuan/Puan pada hari tersebut di mana Tuan/Puan boleh mengenali dan bertanya dengan lebih lanjut lagi berhubung dengan proses penerbitan serta membuka ruang dan peluang kepada bakal penulis UniMAP yang berminat untuk menulis buku dan jurnal.

 

Selain itu, pihak Penerbit boleh memberi khidmat nasihat berkenaan dengan sebarang penerbitan yang boleh dihasilkan serta memberi inspirasi dan idea dalam bidang penulisan yang secara tidak langsung boleh menggalakkan penerbitan buku ilmiah di UniMAP khususnya.
 
Di samping itu juga, pihak Penerbit akan membuat pameran dan jualan buku dengan diskaun yang berpatutan.

 

Sekian, terima kasih.