PERALIHAN SISTEM PENGURUSAN PERPUSTAKAAN DARIPADA VTLS-VIRTUA KEPADA KOHA VERSI 20.05

Category: News 2020
Hits: 1406

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.

 

2.         Adalah dimaklumkan bahawa Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) sedang dalam proses peralihan daripada Sistem Pengurusan Perpustakaan VTLS-Virtua kepada sistem perisian sumber terbuka KOHA versi 20.05.

 

3.         Inisiatif ini membolehkan  PTSFP mengoptimumkan pelbagai features terkini yang ditawarkan oleh sistem pengurusan perpustakaan - KOHA kepada warga UniMAP. Sistem KOHA dijangka beroperasi sepenuhnya pada 1 April 2021.

 

4.         Untuk makluman, akses kepada sistem VTLS-Virtua akan ditamatkan pada 15 Disember 2020. Sehubungan itu, semua perkhidmatan dalam talian yang terdahulu ditawarkan melalui sistem berkenaan perlu dilaksanakan seperti berikut:

 

a)    Katalog dalam talian (OPAC)

Carian kepada sumber perpustakaan boleh dibuat melalui sumber Worldcat Discovery di https://unimap.on.worldcat.org/discovery

 

b)    Pinjaman bahan

Kaunter Perkhidmatan Akses di Perpustakaan Utama (Aras 1) dan Perpustakaan Cawangan Kampus Bandar Kangar (Aras 2

 

c)     Pemulangan bahan

Kaunter Perkhidmatan Akses di Perpustakaan Utama (Aras 1) dan Perpustakaan Cawangan Kampus Bandar Kangar (Aras 2)

 

d)    Pembaharuan pinjaman

Pembaharuan pinjaman melalui telefon dengan menghubungi talian +604-9885420

 

e)     Tempahan bahan

Tempahan bahan perpustakaan untuk dipinjam di mana-mana lokasi Perpustakaan Utama, Hub Digital dan Perpustakaan Cawangan Kampus Bandar Kangar boleh dibuat dengan menghubungi talian +604-9885420

 

f)      Penyelesaian denda lewat mengembalikan bahan

Dilaksanakan melalui aplikasi JomPay. Sila hubungi talian +604-9885420 atau Whatsapp PTSFP +6019-3895402 sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai perkara ini.

 

5.        Sebarang pertanyaan mengenai perkhidmatan perpustakaan yang melibatkan VTLS-Virtua boleh diajukan kepada saluran berikut :

 

a)    Kaunter Perkhidmatan Akses : +604-9885420

b)    WhatsApp PTSFP : +6019-3895402

c)    Aplikasi Libchat : https://libanswers.unimap.edu.my/

 

6.         Pihak PTSFP memohon maaf di atas segala kesulitan berkaitan perkara ini.