MAKLUMAN PELANJUTAN TEMPOH PINJAMAN BAHAN PERPUSTAKAAN SEHINGGA 18 APRIL 2020
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa, pihak Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, UniMAP telah mendapat kelulusan Pengurusan Universiti melalui Mesyuarat Jawatankuasa Bencana Bil. 10/2020 untuk melanjutkan tempoh pinjaman bahan sehingga 18 April 2020.
3. Sehubungan itu, semua bahan yang dipinjam oleh pengguna akan dilanjutkan tempoh pinjaman sehingga 18 April 2020. Sehubungan itu, tiada denda lewat mengembalikan akan dikenakan bagi buku yang tamat tempoh pinjaman di antara tarikh 17 Mac 2020 sehingga 18 April 2020.
4. Disamping itu, jika YBhg. Datuk/Dato'/Prof./Tuan/Puan, mempunyai sebarang persoalan berkenaan perkhidmatan perpustakaan terutama dalam aspek pinjaman dan pemulangan bahan boleh diakses di https://libguides.unimap.edu.
5. Untuk maklumat lanjut, YBhg Dato’/Prof/Tuan/Puan boleh menghubungi This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. dan Whatsapp +6019-389 5402 bermula jam 8.30 pagi sehingga 5.30 petang.
6. Sekian, kerjasama dan perhatian YBhg Dato’/Prof/Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.