Copyright 2018 - Custom text here

PERTANDINGAN MOMEN MERDEKA 2018

 

 
 
Pertandingan Merdeka Momen 2018 dianjurkan oleh Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) adalah bersempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke 61. Penganjuran pertandingan ini adalah bertujuan untuk menyemarakkan semangat kemerdekaan melalui penulisan kapsyen secara kreatif merujuk kepada gambar pilihan yang disediakan. Penyertaan pertandingan adalah terbuka kepada semua warga UniMAP, pelajar Universiti Awam dan pelajar Sekolah Menengah kecuali staf Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) serta ahli keluarga terdekat. Hadiah utama berbentuk wang tunai menanti pemenang yang bertuah. Berikut adalah syarat-syarat pertandingan dan kaedah menyertai pertandingan ini.
 

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN MOMEN MERDEKA 2018

  1. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada semua warga UniMAP, pelajar Universiti Awam dan pelajar Sekolah Menengah kecuali staf Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra (PTSFP) serta ahli keluarga terdekat.
  2. Peserta boleh menghantar lebih dari satu penyertaan.
  3. Peserta diwajibkan untuk ‘LIKE’ di Facebook page “Membaca Bersama PTSFP” sebelum menyertai pertandingan ini. Penyertaan perlu dihantar melalui aplikasi Messenger di Facebook page “Membaca Bersama PTSFP”.
  4. Peserta perlu memilih satu (1) gambar sahaja untuk satu (1) penyertaan.
  5. Peserta dikehendaki menyediakan penulisan kapsyen secara kreatif termasuk esei, puisi, pantun, sajak atau bentuk-bentuk lain bersesuaian yang mampu menyemarakkan semangat kemerdekaan negara.
  6. Setiap gambar mengandungi maklumat asas berkaitan peristiwa yang yang berlaku dan peserta bebas menggunakan sumber rujukan lain yang sahih.
  7. Setiap kapsyen mestilah hasil karya asli penulis dan ditulis dalam Bahasa Melayu sahaja.
  8. Hanya penulisan asli yang tidak pernah disiarkan di mana-mana media cetak atau media elektronik diterima untuk penyertaan.
  9. Setiap kapsyen yang dihasilkan mestilah tidak melebihi 150 patah perkataan.
  10. Setiap kapsyen mestilah tidak mengandungi elemen atau unsur-unsur yang menyalahi undang-undang dan sensitiviti perkauman dan keagamaan.
  11. Setiap kapsyen mestilah tidak pernah memenangi mana-mana pertandingan lain
  12. Penganjur berhak membatalkan mana-mana penyertaan yang tidak mematuhi syarat-syarat penganjur.
  13. Penganjur bebas menggunakan kapsyen yang dihasilkan oleh peserta pertandingan untuk tujuan ilmiah di dalam dan di luar UniMAP melalui pelbagai media.
  14. Pemenang dipilih berdasarkan permarkahan juri profesional dan undian “Like” Facebook page “Membaca Bersama PTSFP”
  15. Penyertaan bermula pada 28 Ogos 2018 dan berakhir pada 27 September 2018
  16. Keputusan pertandingan adalah MUKTAMAD.

 

CARA PENYERTAAN

 
1. Pilih satu (1) gambar yang disediakan di dalam Facebook page ini.
2. Hasilkan kapsyen kreatif berdasarkan satu (1) gambar yang dipilih.
3. Hantarkan penyertaan anda melalui aplikasi Messenger di Facebook page ini bersama butiran berikut;
a. Nama :
b. Organisasi / Institusi :
c. Status : Pelajar / Staf / Lain-lain (Nyatatakan)
d. Nombor telefon :
e. Emel :
f. Nombor gambar :
g. Kapsyen :
f t g m

UniMAP Logo myGovernment KPM LogoMQA LogoMSC Logo  QStar  Sirim

Security Policy | Privacy Policy | Disclaimer | Copyright |
Best view using Mozilla Firefox and Internet Explorer 7 with resolution of 1280 x 768.

Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra
Universiti Malaysia Perlis, Kampus Pauh Putra,
02600, Arau, Perlis
 +604-9885402  +604-9885405

rujukan@unimap.edu.my

Copyright © 2010 -- All Rights Reserved

Search Our Page