Copyright 2019 - Congratulation from Tuanku Syed Faizuddin Putra Library Staff

HEBAHAN SEMULA: Program e-sisa mudah alih (mobile e-waste) di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

Program e-Sisa Mudah Alih telah diperkenalkan secara rasminya oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Ogos 2015 bertujuan untuk mendidik pelbagai lapisan masyarakat tentang kepentingan melupuskan e-sisa mudah alih dengan cara yang selamat dan mesra alam - mengitar semula peranti mudah alih yang telah terpakai atau rosak. Program ini adalah satu inisiatif SKMM dalam menyokong komitmen kerajaan Malaysia dalam mengurangkan 45 peratus intensiti pengeluaran emisi karbon GDP (keluaran dalam Negara kasar) menjelang tahun 2030 berbanding tahun 2005. Komponen elektronik yang terdapat di dalam peranti mudah alih selalunya mengandungi bahan cemar seperti plumbum, kadmium dan raksa, yang boleh mengakibatkan isu-isu alam sekitar dan kesihatan yang serius jika tidak ditangani dengan betul dan selamat.

UniMAP melalui PPK Komputer dan Perhubungan (PPKKP) telah dipilih sebagai rakan Universiti oleh SKMM bagi program ini untuk Wilayah Utara, khususnya bagi negeri Perlis dan Kedah. Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh DYTM Tuanku Canselor UniMAP pada 27 Oktober 2017. Sebagai permulaan, PPKKP dengan kerjasama Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra telah memilih lokasi berikut sebagai tempat diletakkan kotak pengumpulan e-sisa mudah alih UniMAP, iaitu di:

 

Lokasi: Aras 1, Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Kampus Pauh Putra (bersebelahan kaunter perkhidmatan akses)

 

E-sisa mudah alih adalah merangkumi peranti seperti telefon, tablet, phablet, bateri, pengecas (charger) serta aksesori-aksesori telefon. 

Oleh yang demikian, semua warga UniMAP yang mempunyai peranti atau aksesori mudah alih yang telah rosak bolehlah menyokong dan melibatkan diri di dalam program ini dengan melupuskan peranti tersebut di kotak khas seperti yang dinyatakan. Sebagai penghargaan, hadiah istimewa akan diberikan kepada penyumbang awal. Penderma perlu mengisi borang untuk rekod dan hadiah boleh dituntut di kaunter perkhidmatan akses. Dengan tema “Telefon Lama, Kehidupan Baru”, usahlah dibiarkan peranti lama terbuang begitu sahaja. Marilah mengitar semula dan selamatkan alam sekitar. Untuk maklumat lanjut berkenaan program ini bolehlah berhubung dengan Dr. Mohamed Nasrun Osman (
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) dan melayari laman web rasmi program mobileewaste.mcmc.gov.my atau pautan video https://www.youtube.com/watch?v=EOUdS1Hf5KM 


Sekian, terima kasih.


Dr. Mohamed Nasrun Osman
Senior Lecturer
School of Computer & Communication Engineering
d/a School of Manufacturing
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
Pauh Putra Main Campus
02600 Arau, Perlis
MALAYSIA

f t g m

 myGovernment KPM LogoMQA LogoMSC Logo  QStar

Security Policy | Privacy Policy | Disclaimer | Copyright |
Best view using Mozilla Firefox and Internet Explorer 7 with resolution of 1280 x 768.

Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra
Universiti Malaysia Perlis, Kampus Pauh Putra,
02600, Arau, Perlis
 +604-9885402  +604-9885405

rujukan@unimap.edu.my

Copyright © 2010 -- All Rights Reserved

01578106
Today
Last Month
All days
445
18643
1578106
2019-11-13 | 18:11