Copyright 2017 - Custom text here

Program Perkongsian Ilmu : Pembangunan Intelektual dan Khazanah Ilmu

Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra dengan kerjasama Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) Utara telah menganjurkan Sesi Perkongsian Ilmu bertemakan " Pembangunan Intelektual dan Khazanah Ilmu" pada :

  • Tarikh : 16 Februari 2017
  • Masa : 9.00 pagi
  • Tempat : Auditorium, Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra

Sesi perkongsian ilmu tersebut disampaikan oleh YBhg Datin Paduka Datuk Prof. Dr. Ramlah Adam, Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia dan YBhg Prof. Dr. Asiah Sarji, Penulis dan Penggiat Seni.

Antara tetamu yang hadir ialah para Pustakawan, Pengarah dan Ketua Pustakawan Perpustakaan Akademik dan Perpustakaan Awam Wilayah Utara meliputi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara. Selain itu, para warga Guru Pusat Sumber Sekolah di Perlis turut dijemput untuk bersama - sama memanfaatkan pembentangan ceramah berkaitan.

Lawatan Kerja Akademik Sekolah Menengah Kebangsaan Pinji, Ipoh, Perak Darul Ridzuan

Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menerima Lawatan Kerja Akademik Sekolah Menengah Kebangsaan Pinji, Ipoh, Perak Darul Ridzuan pada 07 Disember 2016 (Selasa) pada jam 10.00 pagi. 

Deligasi terdiri dari 43 orang pelajar dan 05 orang guru pengiring. Mereka dibawa melawat sekitar Perpustakaan dan ke unit berkaitan serta diberikan penerangan mengenai koleksi dan servis di Perpustakaan.

Program Jalinan Kasih A-Heart - Bank Rakyat

A-Heart UniMAP and Bank Rakyat venture into new collaborations in autism awareness program. Various programs covering arts exhibition by our special kid with autism was organized by Bank Rakyat and A-HEART. Program Jalinan Kasih A-HEART - Bank Rakyat was officiated by Her Royal Highness Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Crown Princess of Perlis and UniMAP's Pro-Chancellor. Her Royal Highness spent at least an hour appreciating the artworks by selected autism children. Special guests of the day include Adik Akhtar, well-known autism artist from Kuantan, Pahang.

 

Lawatan Kerja Akademik Dan Penandaarasan Perpustakaan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kulim Hi-Tech Park, Kulim, Kedah Darul Aman

Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menerima Lawatan Kerja Akademik Dan Penandaarasan Perpustakaan Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kulim Hi-Tech Park, Kulim, Kedah Darul Aman pada 27 Disember 2016 (Selasa)  pada jam 10.00 pagi. 

Deligasi terdiri dari 20 orang staf Perpustakaan pelbagai peringkat. Mereka dibawa melawat sekitar Perpustakaan dan ke unit berkaitan serta diberikan penerangan mengenai koleksi dan servis di Perpustakaan.

f t g m

       

 

Security Policy | Privacy Policy | Disclaimer | Copyright |
Best view using Mozilla Firefox and Internet Explorer 7 with resolution of 1280 x 768.

Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra
Universiti Malaysia Perlis, Kampus Pauh Putra,
02600, Arau, Perlis
 +604-9885402  +604-9885405

rujukan@unimap.edu.my

Copyright © 2010 -- All Rights Reserved

Search Our Page